India lebur impian Young Tigers
PETALING JAYA: Hasrat pasukan hoki remaja kebangsaan untuk beraksi di perlawanan akhir Piala Remaja Asia 2024 tidak kesampaian apabila tewas kepada India 3-1, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman, Muscat, pasukan No. 2 dunia itu bermula garang apabila membuka jaringan menerusi gol padang Dilraj Singh pada minit ke-10.
Young Tigers yang berusaha keras untuk menyamakan kedudukan, gagal menembusi benteng pertahanan India sehingga keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan India meneruskan rentak permainannya selepas Rohit dan Sharda Nand Tiwari menyempurnakan pukulan penalti sudut pada minit ke-45 dan 53.
Bagaimanapun, Young Tigers berjaya menyumbat gol sagu hati menerusi penalti strok oleh Azimuddin Syakir Kamaruddin pada minit ke-57.
Perjuangan skuad bimbingan I. Vikneswaran itu masih belum berakhir apabila bakal bertemu dengan Jepun pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, malam ini.
Malaysia dijadualkan bertemu Jepun di stadium berkenaan pada pukul 8.30 malam ini. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source