Bekas tukang masak tak mengaku curi Rolex Oyster RM67,000
SHAH ALAM – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri seutas jam tangan mewah jenama Rolex Oyster lebih RM60,000 di sebuah kedai menjual barangan berjenama bulan lalu.
Tertuduh Safaruddin Bacho, 44, yang merupakan bekas tukang masak membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dalam bangunan iaitu jam tangan Rolex Oyster bernilai RM67,000 di bawah jagaan seorang wanita berusia 32 tahun yang bekerja di kedai itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai di Jalan SS16 Subang Jaya di sini, pukul 10.40 pagi pada 23 November yang
didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Shalehhuddin Salam yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga serta masih mencari pekerjaan.
Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Februari ini untuk sebutan kes.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kes mencuri jam tangan mewah jenama Rolex bernilai RM64,000 di sebuah kedai barangan berjenama di SS16 di sini pada 23 November lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian pada pukul 10.40 pagi itu, suspek berpura-pura menyamar sebagai pelanggan sebelum mencuri aksesori di premis berkenaan.
Beliau memberitahu, polis kemuduan berjaya menjejaki suspek dan menahannya di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 44 tahun itu menjual jam tangan tersebut di sebuah kedai barangan berjenama di ibu negara pada harga RM25,000. Kita berjaya merampas semula jam tangan itu,” katanya.
Wan Azlan memberitahu, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source