“Kalau Berkulit Putih, Keistimewaan Saya Mungkin Hilang”
Pelakon Nabila Huda berkata dia tidak pernah terfikir untuk melakukan rawatan memutihkan kulit sebaliknya bersyukur memiliki kulit sawo matang.
Memetik HibGlam, Nabila berkata dia meluahkan rasa syukur memiliki kulit sedemikian dan baginya bakat seseorang itu akan menjadi keutamaan sebagai pelakon.
Sementara itu, Nabila berkata dia pernah ditawar untuk melakukan rawatan mencerahkan kulit namun dia tetap berpegang dengan pendiriannya.
“Saya tidak pernah terfikir untuk putihkan kulit. Kalau saya berkulit putih, keistimewaan saya mungkin hilang kerana kelihatan sama dengan pelakon yang lain.
“Sejujurnya saya takut akan kesan memasukkan bahan bukan semula jadi ke dalam badan pada masa depan. Tidak guna cantik, tetapi kesannya ketika tua mungkin saya menghidapi masalah buah pinggang,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata dia tidak terpengaruh dengan teknologi moden untuk kecantikan kulit sebaliknya menggunakan bahan organik iaitu minyak kelapa untuk kulit dan kesihatan.
“Saya percayakan bahan organik seperti minyak kelapa. Saya bukan sahaja guna untuk kulit dan rambut tetapi untuk kesihatan dalaman,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source