Harimau kumbang masuk perangkap di Jelebu
JELEBU – Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Peradong, di sini, pukul 8 pagi tadi.
Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, harimau kumbang seberat 37 kilogram (kg) itu merupakan harimau kumbang ke lima yang berjaya masuk ke dalam perangkap tahun ini.
Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada penduduk iaitu lelaki berusia 50an pada 25 Oktober lalu yang memaklumkan harimau kumbang tersebut cuba menghampiri kandang kambing.
“Hasil siasatan ke atas penduduk mendapati ternakan diganggu, namun, hanya anjing penjaga kandang yang dibaham sebanyak tiga ekor. Pejabat Perhilitan Daerah Jempol telah membuat pemantaun dan mendapati terdapat kesan tapak harimau kumbang.
“Oleh itu, pihak kita telah memasang perangkap awal November lalu dan pemantaun dijalankan secara berkala di lokasi aduan. Harimau kumbang itu telah berjaya masuk ke dalam perangkap hari ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source