Zahnita Akui 20 Tahun Jadi Mangsa Kekasaran Suami
Pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendedahkan ianya bukan kali pertama dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas dia memuat naik gambar bahagian mata kirinya lebam.
Memetik mStar Online, Zahnita berkata kejadian itu pernah beberapa kali berlaku sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abdul Zackeru Ghouse.
“Selama ini saya dipukul saya ada buat laporan polis tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Malah tindakan itu berbalik kepada saya, sangat gila,” katanya.
Sementara itu, Zahnita berkata dia pernah menfailkan permohonan penceraian namun suaminya, Abdul Zackery datang memujuk dia membuat keputusan untuk berbaik.
Bagaimanapun, Zahnita berkata dia kecewa apabila suaminya tiada perubahan meskipun sudah berjanji dan baginya sudah cukup selama 20 tahun dia bertahan..
“Selama ini saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami. Saya juga pernah minta cerai tetapi dia menjanjikan bumi dan langit.
“Tetapi tidak lama, dia ulang semula perbuatan mengasari saya. Sudah 20 tahun saya bertahan, cukuplah! Saya sedang menunggu wakil peguam datang dari Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi Kosmo, Zahnita berkata punca dia dipukul selepas dia bertanyakan mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
“Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” katanya.
Untuk rekod, Zahnita mendirikan rumah tangga pada pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.
SUMBER: mStar Online, Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source