KL City gemar cipta debaran
PETALING JAYA – Kemenangan 4-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam membuktikan Kuala Lumpur (KL) City FC sentiasa mempunyai aura tersendiri di pentas Piala Malaysia.
Kemaraan ke suku akhir menerusi kemenangan 6-4 secara agregat juga membuktikan KL City begitu gemar dijadikan ‘bahan berita’ yang mampu menambah seri kepada kancah bola sepak Malaysia.
Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac berkata, kekalahan 2-3 sewaktu perlawanan pertama di Alor Setar pada 22 November lalu memberikan pengajaran berguna kepada pemain-pemain.
“Kami sepatutnya boleh menang lebih awal berdasarkan peluang-peluang yang ada tetapi pemain suka buat saya tertunggu-tunggu sehingga penghujung perlawanan.
“Bagi saya ia satu perlawanan yang cukup menarik dengan 10 gol dijaringkan dalam dua perlawanan yang berlangsung.
“Sudah tentu saya berpuas hati apabila kami berjaya menang 4-1. Kami bermain seperti yang dirancang kerana sudah dapat pengajaran pada perlawanan pertama di tempat lawan sebelum ini,” katanya.
Kejayaan itu menyaksikan KL City berpeluang untuk mengulangi aksi final Piala Malaysia 2021 apabila dijadualkan menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir nanti.
“Bagi saya pemain muda seperti Haqimi (Azim Rosli) mempunyai masa untuk meningkatkan kualiti permainannya kerana mereka cukup bermotivasi tinggi. Jika dengar cakap saya, mereka akan jadi pemain hebat,” tambah Kuljanac. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source