Banjir Fair Park: Siasat kejadian banjir yang pertama sejak 30 tahun – Kor Ming
BATU GAJAH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti langkah terbaik bagi mengatasi insiden banjir kilat yang buat pertama kali melanda Arena Kepayang Putra, Fair Park di sini hari ini.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya sedang menunggu laporan mengenai insiden banjir tersebut yang dianggap mengejutkan kerana tidak pernah berlaku hampir 30 tahun sejak kawasan itu didiami penduduk.
Beliau juga yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang berkata, pusat khidmatnya sudah turun padang bagi menyantuni penduduk dan mengusahakan bantuan yang boleh dihulurkan.
“Untuk kawasan Kepayang, saya masih lagi menunggu laporan. Di Fair Park dulu tak pernah berlaku macam ini, kita sedang cari punca apa sebabnya.
“Saya arahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya mengenal pasti punca banjir di kawasan tersebut untuk kita buat pencegahan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita semasa jamuan pengumpulan dana bangunan DAP Batu Gajah di sini malam ini.
Banjir kilat di kawasan tersebut berlaku sejak tengahari selepas hujan berterusan selama beberapa jam dan menyebabkan kerosakan harta benda akibat air naik setinggi 1.5 meter.
Kor Ming berkata, pihaknya akan menyiasat punca kejadian memandangkan sungai berdekatan kawasan itu sebelum ini telah dilebarkan dan sepatutnya boleh menampung lebihan aliran yang deras. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source