Wawa Zainal & Aeril Zafrel Hadiahkan Anak Kondominium Sempena Hari Jadi
Pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menghadiahkan kondominium buat dua anak mereka sempena hari lahir sebagai aset di masa hadapan.
Memetik Kosmo, Wawa berkata rumah yang dibeli di Bangi, Selangor jenis kondominium dihadiahkan buat dua anaknya, Soffya dan Fahri untuk kegunaan apabila dewasa kelak.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Jadi kami memang merancang melakukan persediaan untuk mereka.
“Soal harga, tidak terlalu mahal. Kalau boleh tidak perlu diceritakan tentang itu. Bagi kedua-dua rumah itu kami sudah pun meletakkan nama mereka,” katanya.
Sementara itu, Wawa turut berkongsikan mengenai kepentingan membuat simpanan untuk anak-anak untuk tujuan pendidikan serta waktu kecemasan.
“Sebenarnya setiap anak saya sudah ada rumah masing-masing, tetapi saya dan Aeril tidak pernah lupa menyimpan wang untuk mereka pada setiap bulan.
“Seperti saya katakan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Jadi kami pilih untuk buat persediaan dan wang itu boleh digunakan untuk kegunaan pendidikan atau kecemasan.
“Sejujurnya saya tidak sangka setelah sekian lama menyimapan, tanpa sedar dah banyak duit simpanan anak-anak,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source