“Saya Tak Buka Tabung Derma” – Khairul Aming Dedah Pinn Yang Beri Sumbangan Besar Untuk Mangsa Banjir
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan menerusi Instagram Storynya bahawa dia tidak membuka tabung derma banjir susulan ramai yang bertanyakan tentang nombor akaun mereka untuk menderma.
Khairul Aming menjelaskan dia tidak boleh sesuka hati membuka tabung bantuan kerana ia perlu mendapatkan permit terlebih dahulu.
Tambahnya, dia risau jika terlepas pandang akan amanah duit orang lebih-lebih lagi diwaktu genting ini memandangkan perlu menguruskan banyak hal.
Namun, usahawan tersebut menyatakan jika ada mana-mana pihak yang ingin memberikan barangan untuk diedarkan kepada mangsa banjir, mereka boleh meninggalkannya di beberapa lokasi yang akan dinyatakan.
Usahawan itu turut mendedahkan bahawa pempengaruh, Pinn Yang juga telah memberikan sumbangan yang besar kepadanya bagi menguruskan bantuan buat mangsa-mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas terutamanya di Pantai Timur.
Dari segi kewangan, jangan risau KA akan handle. Pinn Yang dah share sumbangan yang sangat besar buat KA.
Kita akan gunakan duit ini dahulu untuk mangsa-mangsa banjir.
Terdahulu, Khairul Aming telah memaklumkan akan segera memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir selepas tiba di Kelantan semalam untuk menjalankan misi bantuan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source