Piala Malaysia: Negeri Sembilan lolos ke suku akhir
PETALING JAYA – Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri selepas mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia dengan menewaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) secara agregat 4-2 sebentar tadi.
Pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium MP Selayang itu, skuad Hoben Jang Hoben berada dalam keadaan tertekan apabila ketinggalan 1-2 selepas tewas kepada The Cops pada perlawanan pertama di Paroi minggu lalu.
Namun, NSFC yang dikendalikan oleh K. Nanthakumar berjaya menyerap tekanan dengan meraih gol hasil hasil jaringan sendiri pemain PDRM, Eizrul Ashraf seawal minit kelapan.
Bersambung pada babak kedua, Hadin Azman memastikan NSFC mendahului dengan agregat 3-2 selepas menyudahkan hantaran pemain import, Takumi Sasaki pada minit ke-53.
Tersentak dengan gol tersebut, The Cops cuba bangkit tetapi ketika berusa untuk memburu gol penyamaan, NSFC pula yang melebarkan kelebihan hasil penyudah A. Selvan pada minit ke-80.
Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan NSFC akan bertemu Terengganu FC (TFC) di pentas suku akhir nanti. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source