Penjawat awam terlibat rasuah di Kedah meningkat
KUBANG PASU: Jumlah penjawat awam yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan rasuah di negeri ini meningkat sebanyak sembilan orang berbanding tahun lalu.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail berkata, setakat November, seramai 31 penjawat awam ditahan berbanding 22 pada 2023.
“Tangkapan terhadap pekerja swasta menurun kepada sembilan orang berbanding 26 pada tahun lalu. Selain itu kami turut menahan 10 orang awam pada tahun ini berbanding dua, tahun lalu.
“Secara keseluruhan, tangkapan dilakukan setakat November tahun ini, sama jumlah dengan tangkapan dilakukan untuk tempoh Januari hingga November lalu iaitu 50 orang,” katanya dalam sidang akhbar Sambutan Hari Anti Rasuah (HARA) 2024 dan Bulan Integriti Nasional di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, jumlah aduan rasmi diterima SPRM Kedah pada tahun ini turut meningkat kepada 61 berbanding 42 pada tahun lalu.
“Maklumat berkaitan kes rasuah bagaimanapun menurun kepada 163, berbanding 186 pada tahun lalu. Tahun ini, jumlah kertas siasatan yang dibuka pula meningkat sebanyak 46 berbanding 35 tahun lalu.
“Sebanyak 16 pertuduhan telah dilaksanakan membabitkan semua kes rasuah pada tahun ini. Daripada jumlah itu, enam kes telah pun disabitkan dengan kesalahan,” katanya.
Katanya, kebanyakan kes yang dituduh di mahkamah tahun ini melibatkan kesalahan menerima atau setuju menerima apa-apa barangan berharga dengan atau tiada balasan di bawah Seksyen 165, Kanun Keseksaan (Akta 574). – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source