Kontrak halang Hamilton ke Ferrari
DOHA – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk menguji jentera Ferrari buat kali pertama sekali gus mampu menyukarkan permulaan karier bersama pasukan dari Itali itu.
Hamilton bakal menggantikan Carlos Sainz di Ferrari musim depan, namun Mercedes mengekalkan kontraknya sehingga akhir tahun ini untuk memenuhi komitmen dengan penaja, sekali gus menafikan peluang untuk turun membuat ujian di Abu Dhabi bulan depan.
“Memang ada perasaan kurang baik terutama ketika ingin turun menguji jentera Ferrari buat kali pertama di Abu Dhabi. Jika diikutkan, anda mahu uji jentera itu secara tertutup dan lakukan ujian pertama tahun depan.
“Ketika berbincang dengan Toto Wolff (ketua pasukan Mercedes), mereka sudah mengaturkan semuanya. Saya perlu berjumpa penaja dan mengucapkan selamat tinggal.
“Saya tak fikir mereka akan melepaskan saya lebih awal kerana saya terikat kontrak sehingga 31 Disember 2024. Bagi saya, tidak mengapa dan saya ‘ok’ dengan situasi itu. Apapun, saya akan cuba buat yang terbaik untuk menyesuaikan diri secepat mungkin,” kata Hamilton.
Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur, yakin Hamilton tidak memerlukan masa lama untuk menyesuaikan diri kerana pemandu Britain itu mempunyai pengalaman cukup baik dalam F1 terutama melakar 105 kemenangan.
Ujian pramusim akan bermula Februari di Bahrain, namun Hamilton dijangka melakukan ujian tertutup di Itali pada Januari menggunakan jentera lama Ferrari. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source