51.43 juta kg barangan kitar semula bernilai RM18.3 juta dikumpulkan
ISKANDAR PUTERI – Pelaksanaan program ‘Trash To Cash’ merekodkan sebanyak 51.43 juta kilogram barang kitar semula dengan nilai jualan keseluruhan berjumlah RM18.3 juta, dari Mac 2020 hingga bulan lalu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat untuk melaksanakan aktiviti kitar semula makin mendapat sambutan.
Katanya, fokus dalam memperkasa budaya kitar semula ini tidak disasarkan kepada aktiviti Trash To Cash semata-mata,tetapi turut diperluas dengan memperkenalkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC).
“Inisiatif penyediaan DTRC adalah seiring dengan hala tuju Dasar Kebersihan Negara untuk memudahkan masyarakat menghantar barangan kitar semula yang telah diasingkan.
“Ini seterusnya menggalakkan orang ramai membudayakan amalan kitar semula bagi menyumbang kepada peningkatan Kadar Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 40 peratus menjelang 2025,” katanyaerucap pada majlis perasmian Program Bersamamu Johor di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source