KPN laksana program Kampung Angkat Madani
PROGRAM Kampung Angkat Madani yang julung-julung kalinya diperkenalkan oleh kerajaan merupakan cetusan idea daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin memastikan kemudahan asas yang diperlukan di kawasan kampung disediakan dan dipertingkatkan.
Antara keperluan yang perlu disediakan dan dipertingkatkan adalah seperti kemudahan jalan raya, bekalan air bersih, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik luar bandar dan lain-lain keperluan dan kemudahan yang memberi faedah kepada masyarakat sekitar.
Sebanyak 42 buah kampung di seluruh negara terpilih sebagai Kampung Angkat Madani membabitkan peruntukan RM100 juta.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Kampung Angkat Madani di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.
Pemilihan kampung ini adalah bertepatan dengan kriteria yang digariskan oleh kerajaan iaitu kampung yang mempunyai liputan kemudahan bawah 50 peratus atau mempunyai kemudahan asas daif dan tidak lengkap serta memerlukan perhatian khusus.
Skop kerja yang dilaksanakan adalah ‘low cost, high impact’ yang dapat memberi faedah segera kepada masyarakat.
Sebanyak 18 kerja-kerja fizikal telah dikenal pasti dan dilaksanakan yang melibatkan kerja-kerja pemasangan lampu solar, pembaikan dewan dan tabika, pembaikan ruang riadah dan sukan serta naik taraf infrastruktur rekreasi dan sosial.
Turut diadakan program keceriaan gotong-royong dan kenduri rakyat.
Program Kampung Angkat Madani ini memberi peluang kepada masyarakat desa untuk memperbaiki taraf hidup dan mengurangkan jurang ketidaksamaan antara bandar dan desa.
Secara keseluruhannya, program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan jaringan sosial, pembangunan kapasiti individu, serta memperluas akses kepada peluang pembangunan yang lebih baik.
Dengan semangat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, kita akan dapat mencapai visi untuk membangunkan kampung-kampung di seluruh negara ke arah masyarakat yang lebih sejahtera, maju, dan berdaya saing.
Majlis penyerahan projek ini merupakan simbolik komitmen kerajaan dalam membangunkan infrastruktur dan meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekaligus menyemai semangat kebersamaan dan memperkukuh jalinan silaturahim antara Kerajaan dengan rakyat.
Malah, KPN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik seperti Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, Pejabat Jajahan Gua Musang, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Batu Papan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Kampung Angkat Madani.
Dalam pada itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Papan, Awang Idris berkata, penyerahan projek itu merupakan bukti bahawa kerajaan komited dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan desa.
Katanya, menerusi Program Kampung Angkat Madani, Kampung Batu Papan telah berubah wajah.
“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas pemilihan kampung kami sebagai Kampung Angkat Madani KPN di Kelantan.
“Pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan itu dapat menaik taraf hidup penduduk dan menyemai semangat silaturahim antara kerajaan dengan rakyat,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Nurulasyikin Tuan Mustapha, 29, berkata, penduduk Kampung Batu Papan terutamanya belia kampung mendapat manfaat kemudahan projek yang dilaksanakan di kawasan mereka.
Katanya, sebelum ini, mereka tidak mempunyai kemudahan gelanggang futsal berbumbung untuk beriadah.
“Melalui projek yang dilaksanakan, banyak kemudahan yang telah dibuat selain projek pembinaan gelanggang futsal berbumbung, dewan terbuka, membaik pulih tabika Kemas, pemasangan 34 lampu jalan solar, keceriaan Gua Madu dan menaik taraf Pusat Komuniti Desa.
“Kami berterima kasih kepada pihak kerajaan dan KPN yang menjayakan pelbagai projek serta kemudahan untuk kampung kami,” katanya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source