Pegawai daerah dibenar buka PPS tambahan tampung mangsa banjir
PUTRAJAYA – Bagi melancarkan penempatan sementara mangsa banjir, pegawai daerah kini dibenarkan membuka pusat pemindahan sementara (PPS) tambahan mengikut keperluan semasa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pegawai daerah atau pengerusi jawatankuasa bencana daerah boleh menggunakan budi bicara mereka untuk membuka PPS tambahan.
Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, ada kawasan yang tidak disediakan PPS tetapi tiba-tiba dilanda banjir.
“Kami putuskan PPS yang tidak berdaftar juga dibenarkan atau dibuka. Itu bergantung kepada kriteria yang digunapakai oleh pengerusi jawatankuasa bencana kawasan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kawalan sempadan negara di Rantau Panjang – Sungai Golok tidak terjejas biarpun lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) ditutup akibat banjir.
Jelasnya, selain PGA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengadakan kawalan di sempadan berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source