Genjaran senjata Israel-Lubnan elak pencerobohan lanjut
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan yang sedang berkuat kuasa adalah amat positif sekali gus dapat mengelakkan sebarang serangan dan pencerobohan lanjut.
Perdana Menteri berkata, penyelesaian secara damai terhadap konflik terbabit amat dialu-alukan walaupun Malaysia masih menunggu butiran lanjut mengenainya.
“Buat masa ini, gencatan senjata nampaknya sesuatu yang positif, tetapi terdapat kebimbangan tertentu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak, kita perlu memantau dengan rapi.
“Bagi saya, yang paling penting sudah tentu gencatan senjata, kerana sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan sebarang serangan atau pencerobohan lanjut,” katanya pada sesi soal jawab bersama peserta pada Festival Idea Putrajaya (FOI) di sini, hari ini.
Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan.
Kesepakatan itu dicapai selepas kedua-dua pihak menerima perjanjian dengan AS dan Perancis sebagai pengantara.
Biden dilaporkan berkata, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan akan berakhir pada jam 4 pagi waktu tempatan. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source