[VIDEO] 8 daerah terjejas, 1,343 mangsa pindah PPS di Kelantan
KOTA BHARU – Seramai 1,343 mangsa terjejas banjir berpindah ke 37 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan susulan hujan berterusan sejak semalam.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa terdiri daripada 351 buah keluarga berlindung di PPS.
Menurutnya, setakat ini, tujuh daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli terjejas banjir.
“Lima PPS di Kota Bharu menempatkan seramai 36 mangsa, Pasir Mas (301), Bachok (79 mangsa), Tanah Merah (98 mangsa), Pasir Puteh (202 mangsa), Kuala Krai (243 mangsa), Machang (19 mangsa) dan paling ramai di Jeli (320 mangsa),” katanya.
Sementara itu, menurut laman web rasmi Info Banjir, paras air di Sungai Melor di Bachok, Sungai Air Lanas (Jeli), Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Semerak (Pasir Puteh) dan Sungai Kelantan (Kampung Temangan) berada pada paras bahaya.
Menurutnya, sungai-sungai lain mencatatkan bacaan waspada, namun dua sungai iaitu Empangan Bukit Kwong dan Sungai Kelantan di Air Mulih Pasir Mas masih berada tahap normal. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source