“Siapa Tahu Mungkin Diana Boleh Berubah Lebih Baik Dari Kita”
Sebelum ini, pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak perlu untuk merendahkan usaha seseorang individu yang ingin berubah ke arah lebih baik.
Memetik Xtra, Nora berkata dia percaya Diana mampu untuk berubah atau berhijrah dengan mendalami agama Islam serta mengatakan siapa tahu seseorang itu boleh berubah lebih baik.
“Jangan mempertikaikan benda kecil yang dilakukan itu sebab sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan hati siapa tahu boleh ubah dia jadi lebih baik.
“Dalam usaha memperbetulkan ibadah solat itu pelru memahami setiap bacaan, makna dengan khusyuk serta solat diawal waktu.
“InsyaAllah siapa tahu mungkin Diana boleh berubah lebih baik dari kita. Hati dan dalaman dia siapa yang tahu kan,” katanya.
Pernah melalui fasa tersebut, Nora berharap agar orang ramai memberi sokongan kepada Diana serta mendoakan buat aktres tersebut.
Terdahulu, Diana meluahkan rasa kesal apabila menerima reaksi kurang senang netizen selepas memberitahu dia kini lebih selesa mendekatkan diri dengan Allah untuk mengadu segala kesedihan.
Diana turut mempersoalkan adakah dia tidak layak untuk menunaikan solat jika dirinya belum sempurna termasuk dalam menutup aurat.
SUMBER: Xtra
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source