Ibu tinggal anak bersendirian dipenjara sebulan
AMPANG – Seorang ibu dipenjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan dua orang anak lelakinya dengan meninggalkan mereka tanpa pengawasan di rumah, bulan lalu.
Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas wanita yang berusia 41 tahun itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhannya. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 9 Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai tukang urut itu didakwa telah membiarkan anaknya yang berusia enam tahun lapan bulan dan seorang bayi lelaki berumur setahun satu bulan tanpa pengawasan di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang di sini pada pukul 7.27 malam, 7 Oktober lalu.
Wanita itu didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksima RM50,000 atau penjara maksima 20 tahun atau kedua-dua sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran.
“Hukuman berbentuk pengajaran juga memberikan kesedaran kepada orang awam agar tidak mengabaikan kanak-kanak tanpa pengawasan. Keselamatan dan kebajikan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa mereka,” kata Muhammad Hairuliqram.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu bagaimanapun merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan perlu menanggung ahli keluarga.
Mengikut fakta kes, pengadu yang merupakan anggota polis yang bertugas di pusat kawalan IPD Ampang Jaya telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memberitahu ada satu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya berumur setahun terkurung dalam rumah dan ibu kanak-kanak tersebut sudah dua hari tidak pulang rumah.
Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan pengabaian dengan keluar rumah dengan meninggalkan dua orang anaknya sehingga pihak bomba terpaksa memecahkan pintu untuk menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak tersebut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source