Ular sawa 50kg ditangkap – Kosmo Digital
GUA MUSANG – Seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram (kg) ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang semasa haiwan itu ditemui dalam keadaan menjalar di tepi rumah penduduk di Kampung Baru Star, di sini semalam.
Pegawai APM Gua Musang, Mohd. Hanafi Mohd. Bokri berkata, reptilia sepanjang empat meter itu berjaya ditangkap oleh tiga anggota APM selepas pihaknya menerima aduan kira-kira pukul 8 malam.
Menurutnya, anggota APM mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap ular sawa yang berada berhampiran kawasan rumah penduduk.
“Operasi menangkap haiwan itu agak sukar kerana ia bertindak agresif dan berkemungkinan sedang dalam kelaparan. Operasi selesai kira-kira pukul 9 malam,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.
Mohd. Hanafi memberitahu, ular sawa batik itu akan diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, mangsa, Nur Anis Haitikah, 22, berkata, ular sawa terbabit berada kira-kira 100 meter dari rumahnya.
“Ini merupakan kejadian kali pertama saya melihat ular sawa berhampiran rumah dan sangat terkejut dengan saiznya yang besar.
“Kami sekeluarga bersyukur kerana ular sawa itu tidak sempat masuk ke dalam rumah. Saya amat berterima kasih kepada anggota APM yang bertindak pantas menangkap reptilia itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source