Rasuah dilarang dalam Islam, boleh masuk neraka
SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memberi ‘kata dua’ kepada seorang bekas pengurus Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) bahawa amalan rasuah itu diharamkan dalam Islam dan boleh menyebabkan masuk neraka.
Demikian teguran diberikan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin sebelum menetapkan hukuman kepada tertuduh, Dicky Rahmat Abdullah, 50, sebanyak RM50,000 selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan rasuah sebanyak RM50,300 bagi dirinya.
Mahkamah turut turut memerintahkan penjara selama 36 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut selain rampasan rampasan wang RM60,000 dilucutkan kepada kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Rasuah adalah dilarang dalam agama Islam. Orang yang terima dan beri rasuah, kedua-duanya masuk neraka,” tegasnya.
Berdasarkan pertuduhan, Dicky Rahmat didakwa menerima wang tunai berjumlah keseluruhan RM50, 300 daripada seorang lelaki berusia 54 tahun termasuk menerusi pindahan atas talian antara dua akaun bank syarikat berlainan.
Bapa kepada empat anak tersebut melakukan kesalahan berkenaan di sebuah cawangan bank di Bandar Baru Klang dan Dataran PHB Seksyen U2 antara 22 Ogos 2021 hingga 16 Oktober 2022.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda tidak melebihi RM50, 000 bagi setiap pertuduhan.
Kemudian, peguam Najib Zakaria dan Diar Isda Yazmin Ismail dalam rayuannya sebelum hakim menjatuhkan hukuman memberitahu ia merupakan kesalahan kali pertama pertama tertuduh.
“Anak guam adalah penanggung tunggal keluarga. Ketika ini, anak guam bekerja sebagai freelance dengan dua anaknya sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan dua lagi merupakan pelajar sekolah..
“Selain itu, isterinya tidak bekerja dengan anak guam juga menanggung ibu bapa yang uzur,” jelasnya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin menjelaskan pengakuan salah tertuduh adalah bersifat pilihan dan mahkamah perlu mengambil kira keseluruhan fakta sebelum menjatuhkan hukuman.
“Hukuman setimpal akan menjadi pengajaran kepada tertuduh dan peringatan kepada pihak di luar sana. Kami mohon juga wang rampasan RM60,000 dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia melalui SPRM,” ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source