Pas-Bersatu makin panas, ibarat ‘retak menanti belah’
KUALA LUMPUR – Hubungan antara Pas dan Bersatu disifatkan ibarat ‘retak menanti belah’ susulan pengguguran dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis, semalam.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, beberapa isu yang timbul juga menunjukkan bibit perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN) semakin jelas.
“Kalau kita lihat hubungan di antara Pas dan Bersatu ini semakin panas. Baru-baru ini ada desakan untuk diketepikan Pengerusi (PN) untuk mencari ‘poster boy’ Perdana Menteri baharu.
“Selain itu, acara besar di Terengganu tidak dijemput pimpinan daripada Bersatu. Perkara ini menunjukkan kelemahan dalam PN dan juga hubungan yang semakin renggang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana ke dalam sistem radio Infotainment-Head-Unit (IHU) Proton X70 di Quill City Mall, di sini hari ini.
Sebelum ini, dua Exco Bersatu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak dan ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan digugurkan daripada Exco kerajaan Perlis.
Media melaporkan pengguguran itu didakwa berkait campur tangan politik dan bukan disebabkan prestasi.
Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menegaskan parti itu lebih layak memimpin PN sekali gus menolak cadangan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, prestasi PN sebagai pembangkang di Parlimen agak sendu dan tidak mampu membincangkan perihal yang substantif.
“Malah, untuk dua tahun berturut turut, mereka gagal untuk menampilkan ‘shadow budget’ ataupun belanjawan alternatif,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source