Shima Guna Hasil Live TikTok Beli Ikan, Lampin Pakai Buang
Penyanyi Shima berkongsikan dia mencari rezeki di TikTok dengan membuat siaran langsung di platform berkenaanbagi menampung perbelanjaan harian.
Memetik Harian Metro, Shima meluahkan rasa syukur ada rezeki buatnya serta mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang sudi mendengar nyanyiannya dan menghulurkan ganjaran.
“Namun, sebagai penyanyi, kadang-kadang kita sihat dan ada kala kita sakit… Itu perkara biasa. Jadi, apabila sakit, tak dapat nak buat (siaran langsung TikTok). Apabila sihat, Alhamdulillah. saya boleh menyanyi,” katanya.
Sementara itu Shima berkata pendapatannya bergantung kepada yang memberi sedekah, namun hasil daripada siaran langsung itu dapat membantunya untuk membeli barangan dapur serta lampin pakai buang.
“Secara jujurnya, saya buat ‘live’ macam kerja saya. Saya hiburkan orang, ada masanya saya buat setiap malam. Bukanlah kaya pun kerana saya hanya menyanyi dan tidak jual produk. Tetapi usaha ini membantu untuk beli ikan atau lampin pakai buang… Lepaslah,” katanya.
@shima.teringin ? original sound – Shima Teringin Official – Shima Teringin Official
Menurut penyanyi berusia 55 tahun itu lagi, dia sudah lama tidak mendapat undangan nyanyian dan hanya ‘ditaburi’ cakap-cakap kosong pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya tidak pernah dapat tawaran. Ada yang telefon dan hantar mesej di TikTok dan WhatsApp, namun, sekadar cakap kosong. Mungkin orang itu hanya mahu berbual dengan sahaja… Itulah yang selalu saya dapat.
“Apabila orang buat begitu, memang saya tak suka. Jangan buat orang macam itu. Jangan beri orang harapan dengan cara begitu,” katanya.
Dalam pada itu, Shima meluahkan rasa syukur apabila dirinya menerima sumbangan daripada Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) sekaligus dapat mengurangkan sedikit tanggungannya.
“Alhamdulillah diucapkan kepada Pekema dan Karyawan yang berkongsi rezeki dengan kami semua yang sakit dan tidak boleh bekerja.
“Saya ada penyakit paru-paru dan ‘slipped disc’. Sudah 10 tahun tak boleh buat kerja berat dan pundi kencing saya lemah. Saya sentiasa pakai ‘pampers’, itu semua perlukan duit. Jadi, syukur dapat sumbangan. Ini sangat membantu saya. Saya nampak sihat, tapi sebenarnya, sakit,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source