Lebih 30% Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup
Melalui laporan Rnggt, sebanyak 34% rakyat Malaysia yang membuat tinjauan pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu mencari pekerjaan yang bersesuai berbanding mencari pasangan hidup.
Terlalu mencabar nak cari kerja
Difahamkan, cabaran yang dihadapi bukan saja dari segi bidang yang dipelajari tetapi keperluan pengalaman dan kemahiran khusus turut menyukarkan mereka untuk mencari pekerjaan yang diidamkan.
Peratusan yang lebih besar dilihat datang daripada kumpulan graduan negara yang baru saja memulakan dunia mencari kerjaya mereka.
Tak ramai dapat pekerja yang diimpikan
Lebih ‘perit’, dalam banyak-banyak graduan, hanya 18% saja yang dilaporkan berjaya meraih pekerjaan yang setimpal dengan kemahiran mereka pada pasaran ketika ini.
Sekitar 55% pekerja mula meluahkan rasa takut dan tidak bersedia untuk mencari pekerjaan baharu dalam tempoh setahun jika peranan pekerjaan tidak selari dengan kemarihan yang mereka ada.
Bagaimanapun, peratusan tersebut berkurangan menjadi 35% apabila pekerja berumur 25 hingga 34 tahun bersedia untuk mencari pekerjaan baru.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source