Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.
Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penyakit terbabit merupakan antara yang perlu dihindari BN di mana ia dilihat menjadi punca kelemahan dalam beberapa PRU sebelum ini.
Dalam hal ini, jelasnya, BN masih dibayangi penyakit delusi dengan mempercayai parti itu masih mendapat sokongan rakyat.
“Kedua penyakit amnesia (mudah lupa). Terlupa akan sebab BN diwujudkan, lupa apa tujuan perjuangan asal dengan berkorban masa dan wang ringgit. Sebaliknya, kita kini bekerja untuk apa kita akan dapat. Ini perlu diperbetulkan.
“Seterusnya penyakit inertia iaitu enggan buat perubahan. Keempat penyakit arrogant (sombong), tidak boleh terima teguran, tidak boleh terima kesalahan, tidak mahu bertolak ansur,” katanya Konvensyen BN Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Jelasnya, keempat-empat penyakit itu mesti jadi pedoman parti yang mana asas paling penting ialah tidak putus asa untuk meraih kemenangan dengan menarik sokongan rakyat.
Mengulas lanjut, Johari berkata, BN dapat kembali memerintah dengan cemerlang sekiranya semua ahli BN termasuk parti komponen bersatu hati untuk meraih kejayaan.
“BN juga perlu menyusun strategi bukan sahaja bagi mempertahankan kerusi dimenangi, tetapi merampas kawasan dikuasai pembangkang.
“Justeru itu, kepimpinan BN perlu ada strategi untuk memenangi semula dua kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Labuan yang dimenangi Perikatan Nasional (PN).
“Saya nak minta kepada Pengerusi BN iaitu dua kawasan Labuan dan Putrajaya kita pernah menang untuk book (tempah) awal untuk BN bertanding dan mempertahankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source