Kerajaan Perak nilai semula cukai taksiran selepas 42 tahun
Parit Buntar – Kerajaan Perak akan membuat kaedah pernilaian semula ke atas cukai taksiran setelah 42 tahun tidak melaksanakannya.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, cukai negeri ini adalah berdasarkan pernilaian semula kerana Perak tidak melaksanakan kaedah pernilaian semenjak tahun 1982 yang lalu.
“Kaedah pernilaian semula merupakan eksais yang wajib dilakukan pada setiap lima tahun dibawah Akta Kerajaan Tempatan.
“Apabila ianya tidak buat pernilaian semula,harga nilaian tahunan yang direkod oleh pihak majlis tidak akan mengambarkan keadaan nilaian hartanah yang terkini.” katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pelepasan Program Larian Bendang dan Majlis Penyerahan Kunci Kiosk kepada peniaga di Ban Pecah Tanjung Piandang disini hari ini.
Menurutnya, pernilaian semula amat penting dilakukan kerana bukan sahaja dari sudut undang-undang tetapi bagi memastikan harga nilai tahunan hartanah yang sedia ada berada pada harga pasaran yang lebih tepat.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source