Wanita nyaris dihukum mati di Indonesia diserahkan ke Filipina
MANILA : Seorang wanita Filipina yang dijatuhkan hukuman mati di Indonesia atas tuduhan penyeludupan dadah akan diserahkan kepada pihak berkuasa Manila selepas lebih sedekad rundingan diplomatik.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos berkata, keputusan itu mencerminkan hubungan erat antara Filipina dengan Indonesia, yang bersatu dalam komitmen bersama terhadap keadilan dan belas kasihan.
“Selepas lebih sedekad usaha diplomasi dan perundingan dengan Kerajaan Indonesia, kita berjaya menangguhkan hukuman tersebut cukup lama sehingga mencapai persetujuan untuk membawa tertuduh pulang ke Filipina,” kata Marcos dalam kenyataan.
Marcos turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Indonesia dan Presidennya, Prabowo Subianto atas kerjasama tersebut.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan Indonesia setakat ini.
Mary Jane Veloso, yang ditahan pada 2010 kerana membawa dadah jenis heroin ke Indonesia, terselamat daripada hukuman tembak pada saat-saat akhir pada 2015 selepas seorang wanita yang disyaki merekrutnya ditahan di Filipina.
Ibu dua anak itu ditahan di Indonesia selepas membawa beg pakaian yang dilapisi dengan 2.6 kilogram heroin. -AFP
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source