Tiga beranak maut, motosikal gagal elak lori rosak di DUKE
KUALA LUMPUR – Tiga beranak dilaporkan maut selepas motosikal dinaiki terbabas melanggar sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 2 Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke 2), Tol Segambut di sini, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 7.20 pagi melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori.
Katanya, kemalangan itu membabitkan tiga sekeluarga maut manakala seorang bayi lelaki berusia setahun masih menerima rawatan di Hospital Selayang.
“Mangsa terlibat seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun, wanita tempatan berusia 27 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kejadian berlaku apabila sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun berhenti kerana kerosakan.
“Dalam masa yang sama sebuah lagi lori parkir di belakangnya untuk proses memindah barangan daripada lori yang rosak.
“Sebuah motosikal daripada arah belakang dikatakan bergerak memotong kenderaan lain dan telah gagal mengelak dan melanggar belakang salah sebuah lori.
Tambah beliau, pemilik lori bersama pekerjanya telah meletak lima kon keselamatan serta dua pekerjanya membuat kawalan semasa pemindahan barang dibuat.
“Saksi melihat motosikal cuba memotong sebuah lori lalu hilang kawalan dan melanggar lori yang sedang parkir,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source