Perlu semak imbang MyCC, elak buat keputusan sendiri – Jalaluddin
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias mahu satu badan semak imbang ditubuhkan bagi meneliti fungsi dan peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Ini kerana katanya, ketika ini suruhanjaya Suruhanjaya yang bersifat ‘draconian’ (zalim) yang mana tiada sebarang mekanisme semak dan imbang kerana keseluruhan siasatan dan keputusan serta rayuan atau representasi akan dibuat oleh MYCC sendiri.
Malah soal beliau, adakah MyCC merujuk pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Siapa yang memantau dan menjadi semak imbang terhadap sebarang siasatan dan keputusan yang dibuat oleh MYCC?
“Saya merasakan perlu wujud semak imbang yang lebih baik dan lebih jelas untuk MYCC ini dalam melaksanakan fungsi-fungsinya.
“MYCC ini sering berhadapan dengan kartel yang mengawal rantaian bekalan barangan di pasaran dan kita perlu akui berhadapan dengan kartel ini bukanlah satu tugasan yang mudah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, MYCC sepatutnya memainkan peranan untuk mengawal selia persaingan pasaran, mengelakkan wujudnya kartel dan memastikan kepentingan perniagaan pengguna dan ekonomi dilindungi.
Bagaimanapun katanya, MyCC juga dilihat sering membuat kenyataan media terhadap cadangan keputusan yang mana cadangan keputusan tersebut bukan lagi dianggap satu kesalahan.
“Adakah perkara seperti ini memang biasa dalam ruang lingkup MYCC?,” soalnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source