Harimau Malaya ikat India 1-1
PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya berjaya mengikat India 1-1 dalam aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, sebentar tadi.
Dalam aksi berkenaan anak-anak buah Parti Marti Vicente terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-19 menerusi jaringan penyerang naturalisasi, Paulo Josue.
Gol berkenaan terhasil selepas penjaga gol India, Gurpreet Singh Sandhu melakukan kesilapan apabila gagal menjangka dengan tepat lantunan bola di luar kotak penalti.
Situasi itu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Josue dengan pemain KL City FVC itu mudah menolak masuk bola ke pintu gol yang terbuka luas bagi membolehkan Malaysia mendahului 1-0.
Tersentak dengan jaringan itu, skuad The Blue Tigers melakukan beberapa serangan balas untuk mencari gol penyamaan, namun disiplin tinggi pertahanan negara berjaya menggagalkan percaturan tuan rumah.
Gol penyamaan yang dicari-cari India terhasil pada minit ke-38 menerusi tandukan Rahul Bheke daripada sepakan sudut untuk kedudukan 1-1 kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling melakukan asakan untuk mencari gol pendahuluan, namun masing-masing dikecewakan dengan penyudah tumpul.
Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-60 menerusi Daniel Ting, namun percubaanya berjaya dinafikan penjaga gol India yang bijak melayangkan badan menghalang bola daripada menerjah jaring.
Pada minit-minit terakhir perlawanan, Harimau Malaya hampir pulang ke tanah air dengan kemenangan, namun tandukan Fergus Tierney sekadar menggegarkan tiang selain tindakan susulan Safawi Rasid pula melambung tinggi.
Keputusan seri 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan fokus Harimau Malaya selepas ini akan beralih kepada saingan Piala AFF 2024 yang berlangsung bukan depan.- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source