YSB kutip lebih RM800,000 dalam Majlis Santapan Amal
PETALING JAYA- Majlis Santapan Amal 2024 Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berjaya mengumpul lebih RM800,000 yang bakal digunakan untuk membiayai pelbagai projek kebajikan berkaitan kesihatan sepanjang tahun ini.
Pengerusi YSB, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz berkata, YSB berjaya mengumpul RM800,000 pada majlis kali ini yang membolehkannya meneruskan hasrat dan objektif yang dirancang.
“YSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan penaja atas sumbangan yang diberikan,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini malam ini.
Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali serta lebih 700 jemputan termasuk tetamu diraja dan tokoh ternama.
Sementara itu, Tunku Puteri Intas Safinaz berkata, YSB turut menjalin kerjasama dengan Lions Club International Foundation dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) untuk menyediakan kemudahan kesihatan bergerak, termasuk bas derma darah dan pemeriksaan kesihatan bergerak, termasuk pemeriksaan mata untuk warga emas yang berisiko tinggi terkena katarak.
Pada majlis itu, YSB turut melancarkan majalah A Homage to HRH Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang merakamkan 59 tahun perkhidmatan dan dedikasi Almarhum Tuanku kepada masyarakat dan negara.
Selain itu, sebuah bas pemeriksaan kesihatan yang baru, yang bernilai RM856,000, turut dilancarkan untuk menggantikan bas lama dalam usaha meningkatkan kesedaran dan menyediakan saringan kesihatan bagi penyakit buah pinggang di utara semenanjung Malaysia. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source