Watie Taja Perbelanjaan Umrah Keluarga, Bukan Guna Duit Syarikat
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil menjelaskan mengenai dakwaan kos perbelanjaan menunaikan umrah baru-baru ini menggunakan wang syarikat Bubblebee Sdn Bhd.
Menerusi perkongsian di Instagram, Watie berkata kos perbelanjaan mereka sekeluarga ke Mekah pada hujung bulan lalu ditanggung olehnya.
Menurut Watie, pada awalnya dia merasakan tidak perlu namun dia penjelasan itu dibuat berikutan ramai yang menyebarkan fitnah tanpa sedar.
“Soal bersedekah dan pahala ni memang seeloknya di buat dalam diam…Tapi nampaknya bila didiamkan,makin banyak yang dah tersalah anggap…
“Alhamdulillah berkat menjaga anak-anak yatim rezeki yang Allah bagi pada Mummy dapat Mummy share dengan suami dan anak-anak. Mummy rasa ramai je isteri yang sanggup berhabis untuk kebahagiaan rumahtangga,” tulisnya.
Dalam pada itu, Watie berkata kesihatan mentalnya terganggu disebabkan orang ramai susulan isu menimpa suaminya itu. Watie turut berharap orang ramai tidak membuat perbandingan tentang kehidupannya dengan Allahyarham Siti Sarah.
“Dengan isu yang menimpa suami Mummy, Mummy harap tak ada yang kaitkan soal lifestyle Mummy dab bandingkan dengan kehidupan ketika bersama Arwah.
“Tak dinafikan sedikit sebanyak ianya mengganggu mental health Mummy…Mummy pun ada hati dan perasaan..dan Mummy pun ada anak-anak yang perlu di beri perhatian,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source