Seberang Sungai Golok guna pangkalan haram akan ditangkap bermula 1 Disember ini
KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan melaksanakan operasi besar-besaran untuk menangkap rakyat tempatan yang pulang ke negara ini dari Thailand melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember depan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, penguatkuasaan itu merupakan satu langkah untuk memperkasakan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu menggunakan laluan yang tidak diwartakan untuk memasuki negara ini.
Menurutnya, justeru, rakyat Malaysia akan ditangkap semasa mereka menjejakkan kaki di negara ini selepas pulang dari Thailand melalui pangkalan haram.
“Undang-undang menerusi Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 sudah ada, cuma kita akan lebih menguatkuasakan akta itu pada 1 Disember ini.
“Kita akan tangkap rakyat Malaysia yang masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan. Bukan hanya rakyat tempatan, warga asing seperti Thailand dan Myanmar juga akan dikenakan tindakan sama,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, justeru, tujuan utama langkah memperketatkan undang-undang itu dijalankan adalah untuk mengelak kegiatan penyeludupan terutamanya dadah dan senjata api daripada terus berleluasa di negara ini.
Menurutnya, justeru, semua perjalanan melibatkan rakyat Malaysia ke Thailand perlu melalui pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan.
“Kawalan di sempadan negara akan dijalankan selama 24 jam bermula tarikh tersebut. Ada yang mengatakan bahawa ramai remaja dari Thailand yang bersekolah di sini dan pelajar di Kelantan belajar di pondok di seberang.
“Jadi, mereka perlu melalui ICQS selepas ini untuk masuk atau keluar dari dua negara. Jika tidak, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source