MIHAS@Dubai sasar jualan RM1 bilion -Ahmad Zahid
PETALING JAYA – Malaysia menyasarkan Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencatatkan jualan sehingga RM1 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu dipacu pasaran halal global dianggarkan mencecah USD 5 trilion (RM22.4 trilon menjelang 2030.
Malah katanya, ia turut dipacu oleh pertumbuhan populasi Muslim dunia yang dijangka mencapai 2.2 bilion pada tahun yang sama.
“Dengan penyertaan 215 syarikat Malaysia pada pameran MIHAS@Dubai juga mencerminkan komitmen Malaysia untuk menonjolkan kecemerlangan industri halal negara terhadap kepelbagaian produk dan perkhidmatan halal.
“Penganjuran ini bukan sebagai pameran perdagangan semata-mata, tetapi juga sebagai platform untuk membina perkongsian baharu, memudahkan pertukaran pengetahuan, meningkatkan potensi dan mencapai matlamat bersama dalam komuniti halal global,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kepentingan UAE kepada perdagangan Malaysia tidak boleh dipandang remeh.
Beliau berkata, sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) UAE telah menyumbang RM14.23 bilion (USD3.3 bilion) atau 38.4 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke rantau ini pada tahun 2023.
“Eksport Malaysia ke UAE terus menunjukkan pertumbuhan kukuh, meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM10.86 bilion (USD2.5 bilion) antara Januari hingga September 2024.
“Penganjuran MIHAS di Dubai sebagai hab perdagangan global terkemuka dilihat mampu menonjolkan hubungan perdagangan yang kukuh dan membuka jalan kepada kerjasama yang lebih mendalam serta pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara,”ujarnya.
Tambah beliau, penganjuran itu juga merupakan satu pencapaian yang bersejarah buat industri halal Malaysia kerana berpeluang memperkenalkan produk dan perkhidmatan halal bertaraf dunia ke pasaran antarabangsa.
“Penganjuran MIHAS@Dubai mencerminkan visi jelas Malaysia untuk memacu industri halal Malaysia ke peringkat global dengan meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekonomi halal global yang kian berkembang pesat,”katanya.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source