Ismail Sabri tegur PBT, jangan tembak haiwan terbiar sesuka hati
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak lain diingatkan untuk tidak menggunakan undang-undang ‘kecil’ untuk membunuh haiwan terbiar atau melakukan keganasan hingga melanggari Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun negara mempunyai Akta 772 tetapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) merekodkan lebih 7,600 aduan penderaan haiwan diterima sejak 2021 hingga ketika ini.
Kata beliau, kes penderaan haiwan di Selangor sudah mencecah 3,334 iaitu separuh daripada jumlah aduan yang diterima.
“Jadi saya ingin tahu adakah JPV yang menguatkuasakan Akta 772, mampukah menghalang kekejaman atau pembunuhan kepada haiwan-haiwan ini? Apa yang berlaku sekarang ini banyak dalam kalangan majlis daerah atau PBT yang menggunakan undang-undang kecil mereka di dalam membunuh atau menembak haiwan-haiwan liar ini.
“Walaupun mereka ada undang-undang kecil tetapi Akta 772 diluluskan di Parlimen, bermakna ia lebih tinggi daripada undang-undang kecil di majlis daerah. Jadi, kita harap pihak majlis tidak menjadikan alasan ini untuk menembak haiwan sesuka hati tanpa sebab munasabah yang dibenarkan JPV,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika membahaskan Peringkat Jawatankuasa Bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri, mencadangkan kerajaan untuk mengkaji semula Akta 772 dan memindanya jika perlu.
Selain itu, katanya, semua majlis daerah atau PBT perlu memastikan mereka tidak bertindak menembak haiwan liar berdasarkan undang-undang kecil.
“Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan tempat perlindungan kepada haiwan-haiwan yang terbiar. Jadi saya harap pihak majlis daerah bekerjasama dengan mereka bagi menjaga haiwan,” jelasnya.
Tambahnya, kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khusus bagi memantau penganiayaan terhadap haiwan terbiar. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source