Shuib Saman Pengguna TikTok Atas Dakwaan Fitnah Tidak Berasas Dan Melampaui Batas – “Nanti Nak Bercakap Pun Terketar-Ketar”
Shuib, pelawak dan usahawan, kecewa dengan seorang pengguna media sosial yang menyebarkan kenyataan palsu mengenai pemilikan syarikatnya, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee).
Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 40, menganggap tuduhan tersebut tidak berasas dan boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada syarikatnya.
Saya akan mengambil tindakan (saman) ke atas kenyataan seorang pengguna TikTok yang melampaui batas. Sekiranya ingin bercakap soal pengasas sesebuah produk, kita kena fikir apakah kesan yang berlaku kepada individu itu dan jenama.
Jika kesan tidak baik dan boleh mengakibatkan kerugian, perkara itu tidak adil untuk saya dan syarikat memandangkan tuduhan tersebut tidak berasas. Perniagaan saya ini melibatkan pelabur dan urusan perniagaan yang mencecah jutaan ringgit.
Shuib juga meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai jenama minuman itu hanya kerana pengarah bersama syarikat berkenaan berbangsa Cina.
Saya sudah biasa melalui perkara sebegini di mahkamah dan selalunya mereka yang terlibat akan tertunduk malu dan bercakap dalam keadaaan terketar-ketar.
Saya tidak mahu melakukan perkara sebegini, tetapi sekiranya saya tidak melakukan, mereka akan fikir mereka adalah golongan bijaksana dalam berkata-kata.
Bagi Shuib, kenyataan dan ayat ‘type-c’ yang ditulis individu itu tidak wajar kerana seolah-olah ingin menggunakan elemen perkauman dalam perniagaannya.
Apa yang ingin saya tegaskan ialah syarikat ini dimiliki 100 peratus Bumiputera kerana saya adalah pemegang saham terbesar. Jadi, hati-hati apabila bercakap kerana apabila melibatkan syarikat, saya perlu mengambil tindakan.
Kelmarin, syarikat milik Shuib berdepan dengan 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sepanjang tahun lalu. Shuib dan seorang lagi pengarah, Koh Choon Guan, yang diwakili sebagai orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source