Porsche terbakar kemalangan dengan Perodua Kancil
KOTA TINGGI – Seorang wanita terselamat Porsche dipandu terbakar selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 18 Jalan Kuala Sedili-Tanjung Balau di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kejadian pada pukul 10.45 malam itu melibatkan kereta jenis Porsche dipandu mangsa dengan sebuah Perodua Kancil.
“Kemalangan berlaku apabila Porsche berkenaan dipandu mangsa yang berusia 42 tahun dalam perjalanan dari Sedili menghala Sungai Rengit.
“Porsche kemudian terlibat kemalangan dengan Perodua Kancil sebelum terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan kerana wanita berkenaan sempat keluar dan melarikan diri semasa kejadian.
Menurut beliau, kedua-dua pemandu kereta berkenaan hanya cedera ringan dan kes disiasat bawah Seksyen Rule 10 LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas.
“Polis menasihatkan orang ramai sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan bagi menjaga keselamatan bersama di jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source