Rujuk MyPAKW untuk program bersasar
KUALA LUMPUR – Sistem kalkulator perbelanjaan asas kehidupan wajar (MyPAKW) yang diperkenalkan Jabatan Perangkawan Malaysia (DOSM) boleh digunakan dalam program bantuan bersasar kerajaan seperti penyasaran subsidi RON95.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, Data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut daerah yang dikeluarkan
terbabit merupakan sesuatu yang signifkan selepas 75 tahun sumbangan pasukan DOSM kepada negara melangkah ke hadapan.
“Data yang dikeluarkan ini dapat dijadikan rujukan kepada program-program bersasar oleh pihak kerjaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) ataupun syarikat yang mahu melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) supaya manfaat program itu dapat dibawa ke tempat-tempat yang benar-benar memerlukan.
“Selain itu, Pusat Zakat juga boleh menggunakan data tersebut untuk mengenal pasti keperluan asnaf-asnaf di sesuatu kawasan itu,” katanya ketika sidang akhbar selepas Sesi Town Hall “Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Daerah” di sini hari ini.
Mohd Uzir berkata, mengikut data-data yang dikumpul, bantuan serta program-program bersasar boleh diagihkan tanpa menggunakan langkah ‘one size fit all’ kerana keperluan setiap individu adalah berbeza.
“Berpandukan data ini, kita boleh tahu keperluan bagi setiap individu. Jadi, kalau terus-menerus menggunakan satu angka sahaja bermakna kita tidak ada kebijaksanaan dan sukar untuk memastikan penggunaan sumber diuruskan dengan cekap.
“Selain itu, dengan adanya angka mengikut daerah itu, ia tidak terhad kepada penyasaran sahaja tetapi banyak perkara sebagai contoh, apabila ada majikan yang mahu memindahkan pekerja di satu-satu kawasan, angka-angka rasmi ini boleh dijadikan rujukan,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai kebimbangan majikan akan menggunakan data tersebut untuk tidak menaikkan gaji dengan sewajarnya, beliau berkata, data-data terkumpul tersebut tidak tersedia untuk digunakan ke arah negatif.
“MyPAKW merupakan satu alat pengukur perbelanjaan asas kehidupan wajar isi rumah yang boleh menjadi rujukan individu, isi rumah dan pihak berkenaan.
“Penggunaan PAKW oleh pelbagai pihak dalam pelaksanaan inisiatif atau program adalah tertakluk kepada kesesuaian kerana MyPAKW dibangunkan bertujuan untuk membolehkan orang ramai mempunyai nilai rujukan perbelanjaan asas kehidupan wajar di kawasan masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source