Kartunis Lat, Siti Nurhaliza dipilih penerima ASN 2024
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited dalam memartabatkan warisan seni budaya Malaysia menerusi Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung di sini, malam tadi.
Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ia bertujuan memberi penghormatan tertinggi kepada penggiat seni tanah air yang telah menyumbang kepada industri seni budaya Malaysia.
Katanya, penganugerahan itu turut mengiktiraf kecemerlangan penggiat seni tempatan dalam pelbagai cabang seperti muzik, tari, lakon, kraf dan seni visual.
“ASN 2024 bukan sekadar anugerah tetapi sebagai platform yang mengangkat seni budaya negara ke tahap lebih tinggi.
“Kami berharap pengiktirafan ini dapat mendorong generasi muda untuk terus menceburkan diri memajukan seni budaya Malaysia dan menyumbang kepada negara sekali gus memartabatkan nama Malaysia di mata dunia,” katanya dalam sidang akhbar ASN 2024.
Penganugerahan tersebut menampilkan empat kategori utama iaitu Anugerah Seniman Negara, Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni.
Majlis itu menyaksikan penerima Anugerah Seniman Negara 2024 disandang oleh Datuk Mohd Nor Khalid (Lat) manakala bagi Anugerah Khas ASN 2024: Biduanita Negara pula dianugerahkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Turut berkenan hadir menyempurnakan majlis, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source