Jurulatih renang didakwa amang seksual ke atas kanak-kanak lelaki
KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki, minggu lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh, Ng Gwan Ho, 27, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajarnya iaitu kanak-kanak lelaki yang berumur lima tahun tiga bulan semasa kejadian bagi tujuan seksual di sebuah sekolah renang di Taman Sri Bintang, Sentul di sini pada pukul 5.40 petang, 7 November lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan.
“Syarat tambahan terhadap tertuduh ialah tidak boleh mendekati mangsa, perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai,” kata Atiqa.
Bagaimanapun, peguam bela Azlan Shah Abd Razak yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan anak tunggal dan perlu menjaga ibu yang tidak bekerja.
Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes.- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source