Warga emas hilang sejak Jumaat ditemukan maut
SEPANG: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak 8 November lalu terjawab apabila mangsa ditemukan maut di sebuah anak sungai di sini, petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Sahamin Basir, 76, ditemukan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di dalam anak sungai berhampiran sebuah kilang simen, Kampung Jelutong Indah, Sungai Pelek, di sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan di lokasi penemuan dan pemeriksaan badan mendapati tiada unsur jenayah ditemukan.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa
dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.
“Kami ingin menasihatkan orang awam untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, pihaknya menerima laporan polis mengenai kehilangan mangsa pada 8 November lalu oleh seorang wanita iaitu anak mangsa.
Norhizam berkata, menurut laporan itu, mangsa kali terakhir dilihat di halaman rumah di Kampung Tanjong Mas, Sungai Pelek pada pukul 1 tengah hari Jumaat lalu.
“Sejak itu, semua anggota penyelamat dibantu ahli keluarga dan penduduk setempat dikerahkan untuk mengesan mangsa.
“Ketika dilaporkan hilang, mangsa memakai baju berwarna merah dan berkain pelekat,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source