KPKM cadang tingkat kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan
SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat untuk menambah kawasan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di seluruh negara bagi meningkatkan dan menjamin pengeluaran hasil pertanian bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber import.
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup Berkata, ia antara usaha untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan bagi menampung keperluan yang semakin meningkat.
Menurutnya, sehingga kini sebanyak RM491 juta diperuntukkan KPKM melalui Jabatan Pertanian di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) hingga RMK12 bagi melaksanakan pembangunan TKPM.
“Kalau kita tengok keperluan kepada makanan negara, ia semakin meningkat, kita punya kebergantungan kepada makanan import masih terlalu tinggi, bermakna usaha perlu dilipatgandakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara kita sendiri.
“Kita ada perancangan (tambah kawasan), setakat RMK12 kita sudah berjaya untuk mencapai sasaran bilangan TKPM dan kita sedang dalam perancangan untuk memohon lagi supaya lebih banyak TKPM boleh dipohon dalam RMK13,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Projek TKPM Jabatan Pertanian 2024, hari ini.
Tambahnya, TKPM diwujudkan sejak 2001 berdasarkan kepada empat objektif iaitu mewujudkan zon pengeluaran kekal bagi menjamin keselamatan makanan negara dan meningkatkan pengeluaran makanan yang mampan, berkualiti dan selamat untuk dimakan.
Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan pendapatan bersih kepada peserta melalui produk ladang untuk mencapai sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan dan keempat untuk membangun dan meningkatkan penglibatan sektor swasta, usahawan dan golongan belia dalam bidang pengeluaran makanan secara komersial melalui amalan teknologi moden dan inovasi pertanian.
Bagaimanapun, TKPM kini berdepan cabaran pengeluaran pertanian yang optimum apabila hanya 85 peratus daripada sasaran 90,000 tan metrik hasil pertanian setahun dicapai menerusi 74 kawasan di seluruh negara melibatkan tanah seluas 10,614 hektar.
Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi dalam ucapannya pada majlis tersebut memberitahu, defisit pengeluaran berlaku ketika Covid-19 melanda dunia menyebabkan hasil pertanian tidak dapat dipasarkan secara optimum.
“Sekarang mereka dalam proses pemulihan dan ambil masa sebab dengan kos pengeluaran yang tinggi, tengok mereka secara perlahan-perlahan pulih dan boleh dapat balik kepada momentum asal pengeluaran mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Arthur memaklumkan pihaknya juga sedang berbincang untuk memasukkan tanaman padi sebagai sebahagian daripada projek TKPM pada masa akan datang.
“Dalam perbincangan padi untuk dimasukkan dalam TKPM, tetapi kita lebih fokus kepada pengeluaran hasil pertanian makanan contohnya nangka, sayur-sayuran, fertigasi, hidroponik dan sebagainya, tanaman yang singkat masanya.
“Sebab antara tujuan TKPM yang saya sebutkan tadi adalah untuk menjana pendapatan bulanan minimum RM3,000 kepada peserta,” jelasnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source