“Kesilapan Saya Adalah Melayan Anak Sebagai Seorang Kawan” – Nourul Depp
Penyanyi Nourul Depp mengakui bahawa salah satu kesilapan dalam hidupnya adalah melayan anak seperti seorang sahabat.
Menurut Nourul, yang juga dikenali sebagai Noorulhuda Abdul Wahab, 47, ibu bapa seharusnya menetapkan batas dalam hubungan tersebut agar anak-anak tidak terlupa tentang kedudukan mereka.
Kesilapan saya adalah buat anak sebagai seorang kawan. Saya tidak meletakkan sebarang garis sempadan dalam hubungan dan itu silap saya. Boleh jika nak buat anak sebagai kawan, tetapi tetapkan batas bahawa kita adalah ibu bapa mereka.
Kalau kita tak buat begitu dan tidak mengingatkan tentang batas, mereka akan lupa.
Nourul dalam pada itu turut menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa peka dan ambil maklum dengan perasaan anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.
Salah satu keputusan saya memberi kesan mendalam kepada anak saya. Dia paling terkesan. Saya tahu dia mencari cinta dan kepastian dalam hidup.
Bahkan dia juga mencari kebahagiaan dia sendiri sedangkan saya sebagai ibu bapa rasa sudah berikan segala-galanya.
Bekas isteri kepada komposer terkenal Ajai itu sebelum ini pernah meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap anak sulungnya, Ayu Nazirah dan memaklumkan bahawa dirinya menerima segala takdir yang tercatat buat mereka berdua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source