Tujuh laluan di Klang dinaiki air
KLANG – Hujan lebat pagi tadi menyebabkan tujuh laluan di sekitar daerah ini dinaiki air sehingga 0.4 meter.
Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Diraja Klang, Norfiza Mahfiz berkata, ini meliputi Jalan Sentosa 52 ;Jalan Sungai Putus, Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Persiaran Batu, Belah; Persiaran, Sungai Keramat Bandar Bukit Raja dan Persiaran Aman Perdana.
“Ketinggian banjir diangarkan 0.1 hingga 0.4 meter dan keadaan banjir kilat beransur surut.
“Beberapa jalan utama di naiki air walaubagaimanapun masih boleh di lalui kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau memberitahu, berdasarkan bacaan hujan mendapati Kampung Perepat menerima taburan hujan paling tinggi iaitu 45 milimeter (mm) diikuti Bandar Klang (23mm), Telok Gong (12.5 mm) dan Kampung Rantau Panjang (11.5 mm).
“Namun, tiada rumah dimasuki air,” ujarnya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk di Selangor yang melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling sehingga pukul 1 tengah hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source