KWSP, KWAP dan PNB perlu diberi keutamaan pegang saham U Mobile
PETALING JAYA: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) harus diberi keutamaan untuk pemilikan saham dalam U Mobile supaya hasil daripada pelaburan tersebut dapat dinikmati oleh rakyat.
Penganalisis Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, antara entiti yang boleh dipertimbangkan adalah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
Katanya, Straits Mobile Investment Pte Ltd akan mengurangkan pegangannya dari 49 peratus kepada 20 peratus, jadi ketiga-tiga entiti ini boleh memegang baki 29 peratus pegangan dalam U Mobile.
“Jika kesemua pegangan tersebut dimiliki oleh PNB juga adalah sesuatu yang lebih baik kerana ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pegangan ekuiti dalam kalangan bumiputera.
“Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan bermula dari Dasar Ekonomi Baharu (DEB) untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera tetapi masih belum dicapai sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, Baharom berkata, pegangan tersebut perlu diberikan keutamaan kepada GLC atau GLIC berbanding syarikat swasta tempatan kerana ia dikhuariti akan dijual semula nanti.
“Kalau beri kepada syarikat bumiputera. mereka mungkin akan mengambill untung jangka pendek dengan menjual semula saham tersebut.
“Selain itu, agensi seperti KWSP, KWAP dan PNB mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh yang boleh bertahan jika berlaku penyusutan dalam pasaran.
“Penting bagi kita untuk memegang pegangan dalam sektor telekomunikasi ini kerana ia adalah satu daripada sektor yang penting,” ujarnya.
Semalam, U Mobile dalam kenyataan memberitahu, Straits Mobile Investment iaitu syarikat asing dari Singapura akan mengurangkan pemilikan saham dalam U Mobile daripada 49 peratus kepada 20 peratus bagi meningkatkan peratusan pemilikan tempatan.
Ia susulan pelbagai kritikan dan persoalan timbul selepas U Mobile dipilih oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjadi penyedia rangkaian 5G kedua negara.
Penyelarasan tersebut bagi meningkatkan peratusan pemilikan syarikat-syarikat tempatan.
Straits Mobile Investment adalah unit milik penuh ST Telemedia yang beribu pejabat di Singapura. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source