Guru 33 Tahun Sukarela Mahu ‘Mufliskan’ Diri, Tak Terdaya Bayar Hutang & Komitmen Tinggi Setiap Bulan
Seorang guru muda dikhabarkan sanggup dan secara sukarela mahu ‘mufliskan’ diri kerana tidak dapat menahan beban hutang ditanggungnya.
Menerusi perkongsian di Facebook, hantaran guru itu mengundang perhatian warganet selepas dia berkongsi perbelanjaan bulanannya dan mendedahkan gajnya tidak cukup kerana terpaksa melangsaikan komitmen dan hutang.
Gaji kasar RM4,500 tapi bersih tinggal RM1,400. Belum lagi potong RM770 untuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan bayaran Aeon Credit berjumlah RM224.
Tambah guru itu, bebanan kewangan lebih menekan kerana dia mempunyai tiga orang anak yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar.
Suami kerja sendiri, gaji pun tak tentu kadang ada kadang tak ada. Saya berniat nak mufliskan diri sebab tak terdaya dah bayar komitmen yang tinggi.
Ada ke seorang guru berumur 33 tahun muflis? Saya baru tujuh tahun berkhidmat. Apa apa apa esan di masa akan datang tak? Rumah LPPSA dilelong? Saya ada sebuah kereta je, akan dirampas kah?
Ramai netizen memberikan pendapat masing-masing berkenaan permasalahan dilalui guru wanita itu dan ada yang mencadangkan agar dia dan suami melakukan kerja lain untuk menambah pendapatan mereka.
Memandangkan dia seorang guru, netizen turut mencadangkan agar dia membuat ‘side income’ dengan menjadi guru tuisyen atau home tutor dan ada juga yang menasihatinya untuk ‘downgrade’ kehidupannya sekarang.
Downgrade hidup. Andai pakai kereta berjenama, jualkan dan cuba cari yang second hand. Hidup biar sederhana, asalkan mental kita sihat.
Kata seorang individu, menjadi muflis tidak mengubah keadaan dan masalah kewangannya masih ada jadi ia bukanlah solusi yang terbaik buatnya pada masa ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source