Pemimpin Taliban hadiri Sidang Kemuncak Iklim COP29
KABUL : Delegasi dari Afghanistan akan menghadiri sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bakal berlangsung di Azerbaijan.
Jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Abdul Qahar Balkhi berkata, ini merupakan penyertaan pertama dalam sidang kemuncak sejak kerajaan Taliban mengambil alih kuasa pada tahun 2021.
“Delegasi kerajaan Afghanistan akan berada di Baku untuk sidang COP29 yang akan bermula pada Isnin di ibu kota Azerbaijan,” kata jurucakap itu.
Sehingga kini, belum jelas apakah kapasiti yang akan digalas oleh delegasi Afghanistan semasa sidang COP29, namun sumber-sumber menunjukkan mereka akan bertindak sebagai pemerhati.
Afghanistan disenaraikan sebagai negara keenam paling terdedah kepada perubahan iklim.
Pihak berkuasa Taliban telah menegaskan keperluan penyertaan negara itu dalam sidang COP, dan pengasingan politik tidak seharusnya menghalang mereka daripada terlibat dalam perbincangan iklim antarabangsa.
Sejak mengambil alih kuasa pada 2021, tiada negara yang mengiktiraf kerajaan Taliban secara rasmi.
Bagaimanapun, pegawai dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Nasional (NEPA) Afghanistan telah berulang kali menyatakan isu perubahan iklim tidak seharusnya dipolitikkan dan menyeru agar projek-projek alam sekitar yang dihentikan selepas pengambilalihan Taliban dapat diteruskan.
Azerbaijan, sebuah bekas republik Soviet yang kaya dengan bahan api fosil dan terletak di antara Rusia dan Iran, akan menjadi tuan rumah bagi sidang COP29 dari 11 hingga 22 November ini.
Baku telah membuka semula kedutaan di Kabul pada Februari tahun ini, walaupun belum mengiktiraf kerajaan Taliban secara rasmi. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source