Pelajar UPNM dipijak: Kementerian Pertahanan jamin beri kerjasama penuh bantu siasatan PDRM
PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan kes pelajar tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang cedera parah di rusuk akibat dipijak senior.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau telah dimaklumkan berkenaan laporan media tentang kejadian tersebut.
“Susulan laporan polis yang dibuat, Kementerian Pertahanan menyerahkan perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyempurnakan siasatan.
“Kementerian Pertahanan berpendirian kejadian sebegini adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM dan institusi pendidikan tinggi,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X.
Tegas Mohamed Khaled, beliau bersama pihak Kementerian Pertahanan akan memberi sepenuh kerjasama serta perhatian dalam perkara ini.
Hari ini, Kosmo! melaporkan Polis Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kes seorang pelajar tahun satu UPNM yang parah akibat dipijak senior bulan lalu.
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 malam kelmarin.
Dalam laporan yang dibuat, seorang pelajar dikatakan mengalami kecederaan dengan kejadian dikatakan berlaku pada pukul 10.45 malam, 21 Oktober lalu.
Ketika kejadian mangsa yang berusia 19 tahun berada di tepi padang kawad sebelum dipijak pelatih tahun tiga universiti sama. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source