Modul PEERS diguna pakai dalam Kurikulum Persekolahan 2027 tangani isu hamil luar nikah
GEORGE TOWN – Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) akan diguna pakai dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bagi menangani isu kehamilan luar nikah melibatkan remaja yang semakin membimbangkan di negara ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, modul PEERS yang bertujuan untuk memperkasa guru dan murid sekolah daripada segi maklumat serta advokasi berkaitan isu berkenaan telah mendapat persetujuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
“PEERS diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan bermula dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah dan murid-murid dilengkapi dengan maklumat serta kemahiran khusunya kecekapan psikososial untuk membuat `informed decisions’ dalam kehidupan harian,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Utama Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Fadhlina berkata, KPM juga telah memperkenalkan Modul Ehsan yang bertujuan untuk menangani isu-isu berkaitan keselamatan dan kesejahteraan pelajar termasuk masalah seksual dalam kalangan kanak-kanak di sekolah.
“Modul ini berfokus pada aspek pencegahan, pendidikan, dan intervensi dengan tujuan memberikan pelajar, guru, dan ibu bapa pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk menangani dan mencegah kejadian berkaitan seksualiti yang tidak sesuai dalam kalangan pelajar,” katanya.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri meminta masyarakat berhati-hati dalam menilai isu kehamilan remaja kerana bukan semua berlaku tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
Nancy berkata, berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu dan daripada jumlah itu seramai 17,646 remaja tidak berkahwin ketika hamil. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source