Kedai Nasi Lemak Popular Di Kampung Baru, KL Caj RM1 Kepada Pelanggan Yang Duduk Di Bilik ‘Aircond’, Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Sebuah kedai nasi lemak popular di Kampung Baru, Kuala Lumpur menerima pelbagai komen daripada warganet selepas tular satu foto di media sosial baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang tular di X, foto itu memaparkan sekeping kertas yang menyatakan pelanggan perlu membayar RM1 sekiranya mahu duduk di kawasan berhawa dingin.
Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi di mana ada yang mengkritik kedai tersebut namun segelintir netizen mempunyai pandangan berbeza.
Mereka yang berasa kurang senang dengan caj dikenakan kedai tersebut membuat perbandingan dengan restoran mamak atau Arab yang tidak mengenakan bayaran tambahan untuk beri keselesaan kepada pelanggan.
Bagaimanapun, segelintir warganet berkata memang ada tempat makan menawarkan ruang yang mempunyai kipas atau penghawa dingin jadi terpulang kepada pelanggan itu sendiri untuk memilih.
Guna aircond pun nak caj. Tah apa apa. Kalau dah tau bajet takleh pasang aircond takyah lah install.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source